Wednesday, April 21, 2010

اغتباط صاحب القرءان

Kepuasan ahli al-Quran

1) عن عبد الله بن عمر رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :" لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِى اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَقَامَ بِهِ ءَانَاءَ اللَّيْلِ ، وَرَجُلٌ ءَاتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَهُوَ يَتَصَدَّقُ بِهِ ءَانَاءَ اللَّيْلِ وَءَانَاءَ النَّهَارِ " أخرجه البخاري في فضائل القرآن

Daripada Abdullah bin Umar ra berkata : aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “tiada hasad dengki (yang diizinkan) kecuali di dalam dua perkara ; (pertama) seorang lelaki yang dikurniakan al-Kitab (ilmu al-Quran) oleh Allah, dia sanggup bangun untuk tujuan itu (membaca al-Quran) di tengah malam . Dan (yang kedua) seorang lelaki yang dikurniakan harta oleh Allah Taala , maka dia bersedekah harta itu di tengah malam dan siang”.

2) وفي رواية "...رَجُلٌ ءَاتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهُوَ يَتْلُوهُ ءَانَاءَ اللَّيْلِ وَءَانَاءَ النَّهَار.."

Di dalam riwayat yang lain : “seorang lelaki yang dikurniakan (kemahiran ilmu) al-Quran oleh Allah Taala , dia membacanya (al-Quran itu) di tengah malam dan siang”

3) وفي رواية مسلم " لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِى اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ ءَاتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهُوَ يَقُومُ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ وَرَجُلٌ ءَاتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَهُوَ يُنْفِقُهُ ءَانَاءََ اللَّيْلِ وَءَانَاءَ النَّهَارِ"

Di dalam riwayat Imam Muslim berbunyi : “tiada hasad dengki (yang diizinkan) kecuali di dalam dua perkara ; (pertama) seorang lelaki yang dikurniakan al- (kemahiran ilmu) al-Quran oleh Allah Taala , dia sanggup bangun untuk tujuan itu (membaca al-Quran) di tengah malam dan siang. Dan (yang kedua) seorang lelaki yang dikurniakan harta oleh Allah Taala , maka dia membelanjakan harta itu di tengah malam dan siang (ke jalan yang diridhai Allah)”.

Pengajaran Hadis di atas :

1) maksud حسد di dalam hadis di atas adalah غبطة

2) حسد : perasaan irihati sehingga mendorong seseorang itu bercita-cita menghalang , menggagalkan , menghilangkan atau merosakkan nikmat yang ada pada orang lain.

3) غبطة : perasaan cemburu sehingga mendorong seseorang itu mahu berlumba-lumba dan berusaha sekuatnya untuk mengatasi nikmat atau kelebihan orang lain tanpa niat menghalang , menggagalkan , menghilangkan atau merosakkan nikmat itu daripada tuannya .

4) Hadis di atas menggalakkan kita agar bersaing dan berlumba melakukan kebajikan dan ketaatan kepada Allah .

5) Sifat hasad dengki yang dilarang Islam , boleh menghapuskan pahala amal kebajikan kita yang lain seolah-olah api membakar kayu api.

No comments: