Tuesday, January 19, 2010

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ قُرْءَاناً

MENJADI IMAM SESUATU KAUM ADALAH YANG PALING BAIK BACAAN AL-QURAN

عَنْ عَمْرٍو بْنِ سَلَمَةَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وءاله وسلم ، قال : " صَـلُّوْا صَلاَةً كَذَا فِيْ حِيْنِ كَذَا ، صَـلُّوْا صَلاَةً كَذَا فِيْ حِيْنِ كَذَا . فَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلاَةُ فَلْـيُؤَذِّنْ أَحَدُكُمْ ، وَلْـيَؤُمَّكُمْ أَكْـثَرُكُمْ قُرْءَاناً ".. فَنَظَرُوْا فَلَمْ يَكُنْ أَحَدٌ أَكْـثَرَ قُرْءَاناً مِـنِّيْ ، لِمَا كُنْتُ أَتَلَقَّى مِنَ الرُّكْباَنِ . فَقَدِّمُوْنِيْ بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَأَناَ ابْنُ سِتِّ أَوْ سَبْعِ سِنِـيْنَ . وَكَانَتْ عَلَيَّ بُرْدَةٌ كُنْتُ إِذَا سَجَدْتُ تَقَلَّصَتْ عَـنِّيْ . فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنَ الْحَيِّ : أَلاَ تَغْطُوْنَ عَنَّا أَسْتَ قَارِئِكُمْ؟ . فَاشْتَرَوْا فَقَطَعُوْا لِيْ قَمِيْصًا . فَمَا فَرِحْتُ بِشَيْءٍ بِذَلِكَ الْقَمِيْصِ . (أخرجه الإمام البخاري وأبوداود والنسائي وأحمد وغيره).اه

Daripada Amru bin Salamah ra , daripada Nabi SAW bersabda : “Solatlah kamu akan solat demikian di dalam waktu demikian , solatlah kamu akan solat demikian di dalam waktu demikian. Apabila masuk waktu solat , hendaklah salah seorang dari kamu melaungkan azan . Seterusnya hendaklah yang mengimamkan solat itu adalah seseorang yang paling banyak (menghafaz) al-Quran.”..

Maka mereka pun memerhati , tiada seorang pun yang paling banyak menghafaz al-Quran lebih dari aku, kerana aku sering bertemu (mendengar dan mempelajari al-Quran) daripada rombongan musafir (yang di dalam perjalanan pulang dari bertemu Nabi SAW di Madinah) . Maka mereka pun melantik aku menjadi imam di hadapan mereka, sedangkan aku baru berumur 6 atau 7 tahun.

Ketika itu aku hanya memakai sehelai kain sahaja. Ketika mana aku sujud, terselak sedikit auratku . Salah seorang wanita kampung itu menegur (makmum lelaki): Apakah kamu tak mahu menutup aurat imam kamu itu daripada kami ? .

Akhirnya mereka (makmum lelaki itu) membeli kain dan menjahitkan baju untuk aku . Tidak pernah aku rasa sangat gembira lebih daripada kegembiraan daku ketika diberikan baju itu .

عَنْ أَبِيْ سَعِيْدٍ الْخُدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ ، قال رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وءاله وسلم : "إِذَا كَانُوْا ثَلاَثـَةً فَلْيَؤُمَّهُمْ أَحَدُهُمْ ، وَأَحَقُّهُمْ بِالإِمَامَةِ أَقْرَؤُهُمْ".أخرجه الإمام مسلم والنسائي..

Daripada Abi Said al-Khudriy ra berkata , Rasulullah SAW bersabda : “Apabila kamu mempunyai tiga orang , maka hendaklah salah seorang dari kamu menjadi imam. Dan yang lebih berhak menjadi imam dari kalangan kamu adalah orang yang paling baik bacaannya (al-Quran).”

عَنْ أَبِيْ مَسْعُوْدٍ عُقْبَة بْنِ عَمْرٍو الْبَدْرِيِّ الأَنْصَارِيِّ رضي الله عنه قَالَ ، قال رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وءاله وسلم : " يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللهِ ، فَإِنْ كَانُوْا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّـنَّةِ ، فَإِنْ كَانُوْا فِي السُّـنَّةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً ، فَإِنْ كَانُوْا فِي الْهِجْرَةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ سِلْمًا .. وَفِيْ رِوَايَةٍ: سِناًّ .. وَلاَ يَؤُمَّنَّ الرَّجُلُ الرَّجُلَ فِيْ سُلْطَانِهِ وَلاَ يَقْعَدُ فِيْ بَيْـتِهِ عَلَي تَكْرِمَتِهِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ ...أخرجه الإمام مسلم وأبوداود والنسائي وأحمد وغيره

Daripada Abi Mas’ud, Uqbah bin Amru al-Badriy al-Ansariy berkata, Rasulullah SAW bersabda : “akan menjadi imam sesuatu kaum adalah yang paling baik bacaannya terhadap Kitab Allah (al-Quran). Sekiranya bacaan mereka sama baik, pilihlah yang paling mengetahui Sunnah (Hadis). Sekiranya sama pengetahuan mereka terhadap Sunnah, pilihlah yang paling awal hijrah (ke Madinah). Sekiranya sama waktu hijrah mereka, pilihlah yang lebih awal memeluk Islam...Di dalam riwayat lain “yang lebih berumur”...

“Tidak boleh seseorang menjadi imam kepada orang yang mempunyai kuasa di tempatnya (seperti sultan sesebuah negeri dsbg) dan juga tidak boleh orang luar menjadi imam , di rumah orang lain kecuali dengan izinnya (izin tuan rumah atau tempat tersebut).”

Sunday, January 17, 2010

Al-quran penyelamat daripada fitnah

عن الحارث الأعور قال: مَرَرْتُ فِي الْمَسْجِدِ ، فَإِذَا الـنَّاسُ يَخُوْضُوْنَ فِي الأَحَادِيْثِ . فَدَخَلْتُ عَلَى عَلِيِّ فَـقُلْتُ: يَا أَمِيْرَ الْمُؤْمِنِيْنَ ، أَلاَ تَرَى أن الناس قد خاضوا في الأحاديث .قال: وقد فعلوها ؟ قلت : نعم . قال: أما إني قد سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: "ألا إنها ستكون فتنة فقلت ما المخرج منها يا رسول الله ؟ قال: كتاب الله فيه نبأ ما كان قبلكم ، وخبر ما بعدكم ، وحكم ما بينكم، وهو الفصل ليس بالهزل ، من تركه من جبار قصمه الله، ومن ابتغى الهدى في غيره أضله الله، وهو حبل الله المتين ، وهو الذكر الحكيم، وهو الصراط المستقيم، هو الذي لا تزيغ به الأهواء، ولا تلتبس به الألسنة، ولا يشبع منه العلماء، ولا يخلق على كثرة الرد، ولا تنقضي عجائبه، هو الذي لم تنته الجن إذ سمعته ، حتى { قالوا إنا سمعنا قرآنا عجبا . يهدي إلى الرشد فآمنا به } . من قال به صدق، ومن عمل به أجر، ومن حكم به عدل، ومن دعا إليه هدى إلى صراط مستقيم". خذها إليك يا أعور.

(قال أبو عيسى هذا حديث غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه وإسناده مجهول وفي الحارث مقال)

Daripada al-Harith al-A’war berkata: Aku lalu di masjid, tiba-tiba manusia berkumpul bercakap-cakap sesuatu yang fitnah. Maka aku masuk bertemu dengan Saidina Ali. Aku berkata wahai amirul mukminin: Kamu tak nampakkah bahawa manusia telah berkumpul mengata sesuatu yang fitnah? Saidina Ali berkata : Mereka telah melakukannya? Aku berkata: Ya.

Saidina Ali berkata lagi: Adapun aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Ingatlah, sesungguhnya akan berlaku sesuatu fitnah. Aku(Ali) berkata: Apakah jalan keluar daripadanya wahai Rasulullah? Rasullulah bersabda: Kitab Allah (Al Quran). Di dalamnya terdapat khabar berita (umat) sebelum kamu dan selepas kamu. Dan ia menjadi hukum antara kamu dan ia pemisah (antara hak dan batil), bukan sesuatu gurau senda (olokan). Barangsiapa yang meninggalkannya kerana ingkar dan takabbur akan dibinasakan oleh Allah, barangsiapa yang mencari prtunjuk selain daripada AlQuran maka Allah akan menyesatkannya dan ia adalah tali Allah yang kukuh. Dan ia adalah peringatan yang bijaksana. Dan ia adalah jalan yang lurus dan ia tidak boleh diselewengkan oleh hawa nafsu. dan ia tidak akan menyukarkan lidah menyebutnya (sekali pun bagi bukan Arab) dan tidak akan mersasa puas daripadanya oleh ulama. Dan tidak akan lapuk sekalipun diulang berkali-kali. Tidak akan terhenti keajaibannya. Dan dia tidak menghalang jin daripada mendengarnya sehinggalah mereka berkata : “ Sesungguhnya kami telah mendengar Quran yang sangat ajaib. (Quran) ini memberi petunjuk ke jalan yang lurus” – Surah Al-jin ayat 1&2. .. Barangsiapa yang berkata dengannya (al-Quran) akan benar. Barangsiapa yang beramal dengannya akan diberi pahala. Barangsiapa yang menghukum dengannya akan adil. Dan sesiapa yang mendakwah kepadanya akan diberi petunjuk ke jalan yang lurus”…. Ambil lah sebagai pegangan engkau wahai A’war…